Semua insan di dunia ini inginkan ketenangan.Ketenangan yang boleh membahagiakan hati. Hakikatnya adalah ia dapat dicapai apabila kita mengelakkan diri daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya mempertingkatkan amal ibadah kepadaNya.Di samping , semua sudah sedia maklum bahawa kehidupan di dunia ini adalah fana dan hanyalah pinjaman semata-mata daripadaNya.Kita tidak tahu bilakah kita akan pergi ke sana..di suatu alam yang kekal abadi..Sementara di dunia ini kita dibekalkan dengan 2 orang penjaga yang akan mencatat segala amal perbuatan kita ..tidak lain tidak bukan mereka adalah malaikat Atid & Raqib..Atid mencatat amalan keburukan, walhal sebaliknya pula bagi Raqib..buku amalan tersebut akan diadili kelak..nauzubillahiminzalik..pastinya kita gentar jika amalan kejahatan melebihi kebaikan kerana kita tahu balasannya adalah API NERAKA YANG SANGAT DAHSYAT. Tetapi,kita sangat mengharapkan sebaliknya..balasan SYURGA YANG PENUH DENGAN NIKMAT KURNIAANNYA..semoga kita semua tergolong dalam golongan tersebut.Amin..
Jadi, ingin saya kongsikan serba sedikit tip agar kita boleh capai ketenangan yang didapati dari sebuah akhbar tempatan. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.
Tip capai ketenteraman, elak kejahatan
Tip capai ketenteraman, elak kejahatan
1- Rajin mengerjakan solat. Ibadat solat apabila dilakukan secara sedar dan dengan penuh keinsafan akan menjadi sumber yang betul menyembuhkan jiwa. Ia kaedah terbaik melegakan tekanan.
2- Sebelum tidur setiap hari, seseorang Muslim dianjurkan membaca surah al-Fatihah dan tiga surah terakhir al-Quran, lalu ditiupkan pada tangan dan disapu di seluruh badan, seelok-eloknya tiga kali.
3- Sewajarnya setiap Muslim membaca sekurang-kurangnya 10 ayat al-Quran setiap hari.
4- Mendengar al-Quran sekerap yang mungkin dan cuba memainkan rakaman bacaan ayat suci sepanjang masa.
5- Individu Muslim juga dinasihat memastikan diri sibuk melakukan sesuatu yang berfaedah kerana jika anda tidak menyibukkan diri dengan kerja baik, syaitan akan memastikan anda sibuk dengan kerja negatif.
6- Berdoa kepada Allah, mohon dijauhkan kejahatan, kedukaan dan kesempitan sebaliknya didekatkan dengan kebaikan, kelapangan serta kebahagiaan.
Jadi,bersamalah kita berusaha agar mencapai ketenangan yang sentiasa diidamkan…SELAMAT MENCUBA!!